Rooney Pengacau


Wayne Rooney

Pengurus Manchester City Manuel Pellegrini menegaskan Manchester United pasti berbahaya Ahad ini sama ada kapten mereka Wayne Rooney turun atau sebaliknya. Media melaporkan, Rooney mungkin tidak diturunkan bagi pertembungan jiran setempat Liga Perdana itu, Ahad ini selepas mengalami kakinya mengalami kecederaan ketika latihan. 

Rooney dilapor terhencut-hencut ketika menghadiri satu acara penaja di Old Trafford Isnin lalu selepas cedera ketika latihan. United tidak memberi maklum balas mengenai laporan itu. Rooney dijadual kembali beraksi di Stadium Etihad selepas terlepas tiga aksi terakhir United kerana penggantungan perlawanan. 

Pasukan kendalian Louis van Gaal tidak kalah sepanjang ketiadaan pemain berusia 29 tahun itu dan pasukan itu mempamerkan tanda kebangkitan berikutan permulaan buruk pada kempen kali ini. 

Bagaimanapun ia pasti satu tamparan sekiranya kapten England itu tidak bermain memandangkan rekod gemilangnya menentang City. Rooney adalah penjaring terbanyak dalam pertembungan jiran setempat Manchester selepas menjaringkan 11 gol dalam 22 perlawanan buat United.

Namun Pellegrini menafikan City mempunyai kelebihan sekiranya Rooney tidak beraksi. Pengendali dari Chile itu, yang menang 4-1 dan 3-0 ke atas United musim lalu berkata: "Saya fikir Rooney pemain paling penting bagi United tapi pada saya pasukan besar tidak pernah bergantung kepada seorang pemain. Mereka mempunyai ramai pemain kreatif bagi menggantikannya.

Sementara itu, Pellegrini mahu melihat lebih ramai pemainnya tampil mencabar anugerah Ballon d'Or pada masa depan selepas hanya Yaya Toure dinamakan dalam senarai 23 pemain bagi anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA 2014. 

Beliau sudah bercakap mengenai penyerang Sergio Aguero, yang menyumbat 11 gol dalam 12 perlawanan musim ini, sebagai potensi pemenang Ballon d'Or apabila menyamakannya dengan Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi. "Saya tidak tahu semua pemain yang disenaraikan, tapi saya sering kali berkata kami perlukan lebih ramai pemain dicalonkan bagi anugerah ini.

No comments:

Post a Comment