GITARIS ROCK LAGENDA MALAYSIA

SAMAD LEFTHANDED



Abdul Samad Mian (1963-2008) juga dikenali sebagai Samad Lefthanded merupakan di antara seorang pemain gitar yang terbaik di Malaysia. Hasil karya beliau yang terakhir sebelum beliau meninggal dunia ialah album berbentuk video pembelajaran gitar di rumah iaitu album "Gitar Jamming" (Part-1 dan part-2). Kehilangan beliau di dalam industri muzik di Malaysia ini mengejutkan ramai pihak kerana beliau dilaporkan tidak menghidap sebarang penyakit yang merbahaya.

Allayarham bersama kumpulan legenda rock terkenal sejak awal penubuhannya pada tahun 1985 lagi. Samad pernah menghasilkan alabum solonya berjudul Kenangan Bersamamu pada tahun 1994. Menurut Nash, walaupun mereka ada seliseh faham tapi semua itu sudah dilupakan mereka berdua.
Sejak tidak aktif bermain muzik bersama Lefthanded, Samad lebih banyak menumpukan masanya sebagai pemuzik undangan selain menjalankan perniagaannya sendiri.


Allayarham berasal dari Johor Bharu dan dilahirkan pada 26 September 1963. Beliau mula bergiat aktif di dalam bidang muzik ini ketika beliau berusia 20 tahun lagi. Mendirikan rumah tangga bersama Norliza Sumairi serta dikurniakan dengan 4 orang cahaya mata, Alif Ashraf Syafiq, Ahmad Ayunda Syaqim, Alis Suhayana dan Ahmad Syafiq.
Selain menjadi pemuzik untuk Kumpulan Lefthanded beliau juga pernah menjadi pensyarah di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) pada tahun 2004 lalu. Beliau juga merupakan penggiat seni membuat dan bermain wau tradisi Malaysia. Pada tahun 90-an juga, Samad pernah dibawa oleh pengarah majalah ROTTW Malaysia, Mohd Rom Mohd Nor ke satu festival muzik di Jerman dan diberi peluang membuat persembahan solo di hadapan ratusan ahli perniagaan dalam bidang rakaman dan sistem bunyi di sana.
Sepanjang beliau menjadi anak seni, Samad yang pernah menjadi pemuzik undangan filem Rozana Cinta 87 itu pernah memenangi Album Rock Terbaik pada Anugerah Industri Muzik 1995. Setelah kehilangan gitaris handal M.Shariff beberapa tahun yang lalu, industri kita kehilangan seorang lagi gitaris hebat, Abdul Samad Mian. Semoga rohnya dicucuri rahmat. AlFatihah. Amin.

No comments:

Post a Comment