Misteri Patung Terkutuk III


pupa haunted doll patung terkutuk

Pupa dikatakan telah diberikan kepada seorang kanak-kanak pada tahun 1920. pada masa tersebut kanak-kanak tersebut tinggal di Trieste, Itali. Kanak-kanak perempuan tersebut menjadi pemiliknya sehinggalah kematiannya pada tahun 2005. Pupa mempunyai ketinggian 14 inci. Diperbuat dari bahan felt, manakala rambutnya diperbuat dari rambut sebenar manusia.

Pupa dikatakan dibawa kemana sahaja dari Itali, Amerika syarikat, Eropah dan akhirnya kembali ke Amerika syarikat. Pupa dikatakan masih di dalam keadaan asal berwarna biru yang diperbuat dari bahan felt. Pemilik Pupa mengatakan Pupa adalah bernyawa dan mempunyai fikiran sendiri. Bahkan beliau memberitahu anak cucunya, Pupa adalah teman terbaik yang boleh dipercayai. Beliau juga mengatakan sepanjang hidup nya Pupa akan berbicara dengan nya dan pernah menyelamatkan nyawa nya.

pupa haunted doll patung terkutuk
Apabila pemilik Pupa meninggal pada tahun 2005, ahli keluarga pemilik mengatakan Pupa menjadi aktif. Pupa dikatakan seperti hendak dilepaskan dari tempat ia disimpan. Ada yang mengatakan  peti kaca tempat dimana patung tersebut disimpan berwap dan di kaca berwap tersebut tertulis perkataan "Pupa Hate".

Pupa di katakan akan menjatuhkan barang-barang di dalam peti kaca dimana ia disimpan dan dikatakan berpindah dari kedudukannya dengan sendiri. Keluarga tersebut juga mengatakan sering terdengar ketukan pada cermin kaca dimana ia disimpan apabila melintas di depannya. 

Apabila mereka menoleh untuk melihat mereka mendapati Pupa meletakkan tangan nya di cermin peti kaca dimana ia diletakkan.

Keluarga tersebut mendakwa Pupa merasakan terperangkap menyebabkan kejadian aneh tersebut. Tiada siapa yang mengetahui dimana Pupa sekarang. Para penyiasat Entiti cuba menjejaki nya. Namun kedudukan lokasinya telah di sembunyikan.

No comments:

Post a Comment