Penyembelih Ayam Dihadapkan Ke Mahkamah



Seorang penyembelih ayam dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan bersubahat dengan dua lelaki menyebabkan kematian seorang peraih emas di Machang pada akhir tahun lalu.
Bagaimanapun, Hambali Muhammad, 29, mengaku tidak bersalah ketika kertas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Yusoff Yunus.
Hambali didakwa bersubahat bersama Syaiful Syahriman Mustapa, 29, dan Mohd. Asrul Zulkipli, 24, menyebabkan kematian Tuan Paridah Puan Losen, 60, dalam kejadian di tepi kawasan semak di Jalan Kampung Paloh Rawa, Machang pada pukul 12.45 tengah hari 22 Disember 2013.
Tertuduh yang berasal dari Machang itu didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan dikenakan denda jika disabitkan.
Timbalan Pendakwa Raya, Asmah Azhari yang mengendalikan pendakwaan tidak menawarkan jaminan ke atas tertuduh dan mahkamah juga tidak membenarkannya dijamin.
Mahkamah menetapkan 2 Disember ini untuk sebutan kes.

No comments:

Post a Comment