Misteri Patung Terkutuk II


misteri patung terkutuk haunted doll

Mandy adalah anak patung porselin antik berusia lebih 90 tahun yang kononnya dibuat di Jerman atau England sekitar tahun 1910 atau 1920. Beliau telah didermakan kepada muzium pada tahun 1991 di kenali sebagai Mereanda. Apa yang membuatkan dia begitu luar biasa adalah kuasa yang dikatakan dimilikinya.

Mereanda dikatakan mendermakan Mandy ke muzium selepas beberapa insiden pelik yang beliau alami. Bekas pemilik Mandy berkata beliau akan mendengar tangisan pada waktu malam di ruang basement dimana beliau menyimpan Mandy. Namun apabila Mereanda turun ke bawah untuk memeriksa beliau tidak menjumpai apa-apa hanya tingkap yang terbuka. Hanya selepas Mandy di dermakan ke muzium, tangisan bayi di rumah nya berhenti.

Kejadian seterusnya berlaku kepada para staff muzium dimana Mandy di dermakan. Makanan di dalam peti sejuk hilang secara misteri dan  di jumpai disembunyikan di dalam laci. Objek lain seperti pen,buku atau gambar hilang secara misteri. Ada yang dijumpai semula dan ada yang tidak di jumpai semula. Tapak kaki kadangkala kedengaran walaupun tiada sesiapa di sekitar kawasan tersebut. Apabila Mandy di letakkan di dalam sebuah bilik ,para staff mendapati bilik tersebut akan berselerak dengan kertas di buang di seluruh bilik seolah-olah seseorang mengamuk di dalamnya.

misteri patung terkutuk haunted doll
Mandy dikatakan akan "bermain" dengan peralatan elektrik menyebabkan peralatan tersebut tidak berfungsi. Sesetengah pengunjung muzium mendakwa tidak berasa selesa apabila berada dekat dengan patung tersebut. Ada yang mengatakan mata patung tersebut berkelip atau pandangannya mengekori pengujung-pengunjung yang datang ke muzium dimana ia di simpan. Dikatakan jari dan kepala patung tersebut jg bergerak dengan sendirinya.

Para penyiasat entiti paranormal mengatakan patung tersebut di resapi roh seorang kanak-kanak perempuan. Cerita mengatakan seorang kanak-kanak perempuan terperangkap di ruang basement bersama patung tersebut. Apabila kanak-kanak tersebut meninggal dunia rohnya terperangkap didalam patung tersebut. Beberapa tahun selepas kejadian tersebut, patung itu dijumpai di bawah basement dan suara kanak-kanak menangis kedengaran dari ruang itu. Patung tersebut dikatakan mengalirkan airmata berupa darah.

Walaupun kesahihan cerita tersebut tidak dapat dipastikan atau dibuktikan orang ramai masih mengunjungi Muzium Quenzel dengan harapan dapat melihat kejadian pelik patung Mandy tersebut.

No comments:

Post a Comment