Artis Pertama Malaysia Bakal Mempunyai Rancangan Realiti Sendiri



Tahniah buat artis terkenal tanah air, kerana bakal mempunyai rancangan realiti sendiri. Pastinya para peminat Fazura sudah tidak sabar lagi untuk menonton 5 episod yang bakal ditayangkan pada Disember ini yang akan memaparkan kehidupan peribadi pelakon jelita ini.

Aktres terkenal, Nur Fazura Sharifuddin atau Fazura akan menjadi artis Malaysia pertama mempunyai program realiti sendiri yang akan disiarkan di saluran antarabangsa E! Program dokudrama lima episod yang diberi judul Facing Up To Fazura berkenaan bakal mendedahkan kepada penonton kehidupan peribadi aktres berusia 31 tahun itu.

Transformasi Fazura
Mengulas lanjut perkara itu, Fazura berkata, walaupun dirinya bukanlah seorang yang terbuka dalam soal peribadi, namun dia ada alasan tersendiri apabila menerima tawaran terbabit.

"Menerusi program itu nanti saya mahu mereka yang tidak mengenali diri saya akan lebih kenal siapa Fazura sebenarnya. Semua yang dipaparkan dalam program ini adalah realiti dan bukannya rekaan.
"Sejujurnya saya sangat terharu dan teruja apabila saluran E! mahu mengabadikan kisah saya dalam program terbitan mereka," kata Fazura yang berada di Bangkok ketika dihubungi BH Online sebentar tadi.

Menurut pelakon filem Kami Histeria dan Tembus ini, program itu juga menjadi program pertama dirinya memperkenalkan anggota keluarga kepada khalayak.

Facing Up To Fazura diterbitkan oleh penerbit sama bagi program realiti Filipina, It Takes Gutz to be Gutierezz, Karen Wiggins. Program setengah jam itu bakal menemui penonton saluran berkenaan pada pertengahan Disember depan.

No comments:

Post a Comment