Ozil Di Katakan Punca Sanchez Bosan Di Emirates


Alexis Sanchez
 Alexis Sanchez dikatakan sukar untuk menyesuaikan diri di Arsenal semuanya gara-gara kelibat bintang Jerman, Mesut Ozil. Bintang Chile menandatangani kontrak bersama Gunners dengan nilai £32 juta (RM168.5) dari Barcelona musim panas lalu dikatakan bosan dengan hidup di utara London. 

Akhbar Chile La Tercera mendakwa Sanchez tidak gembira berada di Emirates dan bertelagah dengan beberapa pemain termasuk Ozil. Namun dia dilapor mendapat perhatian dan pujian peminat setakat ini menerusi persembahan yang dipamerkan. Pemain berusia 25 tahun itu menjaring­kan gol ketika Arsenal seri 2-2 menentang Hull dan menjadi peledak utama menyumbat dua gol kemenangan ke atas Sunderland.

Aksi itu nampak tidak menimbulkan sebarang syak atau perubahan bagi Sanchez, tetapi dia sebenarnya tidak senang apabila Ozil yang dikaitkan akan meninggalkan Emirates kini pulih sepenuhnya daripada kecederaan lutut. Andai Ozil diturunkan, kemungkinan besar Sanchez akan kerap berada di bangku simpanan sebagai pemain gantian. Kerja kerasnya sehingga dinobat pemain terbaik Arsenal bulan ini mungkin menjadi sia-sia. 

Sanchez menewaskan Danny Welbeck dalam undian itu. Dia menerima undi lebih 90 peratus manakala Welbeck hanya mendapat 4.5 peratus dengan Kieran Gibbs berada di kedudukan ketiga. Selain itu dia juga memenangi anugerah jaringan terbaik bulan September ketika menentang Manchester City. Peminat melihat kejayaan Sanchez itu menggambarkan kegembiraan di Emirates dan menempuh bulan cukup cemerlang.

Apatah lagi dia turut menjaringkan gol membantu Arsenal menewaskan Galatasaray 4-1 dalam aksi Liga Juara-Juara. Pemain tengah Arsenal, Mathieu Flamini menegaskan pembelian Sanchez adalah keputusan tepat dibuat kelab dan percaya bintang antarabangsa Chile itu menyamai kehebatan dimiliki Thierry Henry. 

Sanchez, memberi impak besar buat Gunners sejak berpindah dari Barcelona yang turut menyumbat gol kemenangan di Sunderland, Sabtu lalu. Dia kini memiliki lapan gol daripada 15 penampilan Liga Perdana Inggeris. 

Manakala rekod Henry pula 228 gol dan Flamini yakin ia adalah perbandingan tepat antara mereka. "Daripada apa yang saya lihat setakat ini, dia memiliki kemampuan­ sama seperti Henry dan Robin Van Persie," kata Flamini.

Namun pemain antarabangsa Perancis itu tidak menolak kehadiran semula Ozil akan menyaksikan perubahan formasi Arsenal. "Pada saya Sanchez dan Ozil adalah pemain hebat. Mereka mungkin tidak akan diturunkan bersama kecuali salah seorang akan tampil sebagai pemain gantian. "Apapun itu hak pengurus Arsene Wenger menentukannya," kata Flamini.

No comments:

Post a Comment