Lihat pada gambar di bawah ini, teringat akan satu cerita semasa di asrama. Mungkin cerita ini popular dimana-mana asrama. Tapi keadaan sepertinya berlaku di asrama aku. Ada satu tandas paling hujung di tingkat paling bawah. Tandas itu sentiasa berbau busuk dan setiap kali selepas gotong royong bersihkan tandas, keesokkannya pasti berbau semula.
Jika sesiapa melihatnya pasti merasa jijik. Bersepah dengan pelbagai kotoran termasuklah najis. Waku itu aku junior, menurut senior tandas hujung tu sejak dari dahulu tiada siapa pernah guna.
Malah dahulu pintu tandas hujung tu sentiasa tertutup. Cuma sekarang, sudah lompong tidak berganti sebab tahun lepas ada seorang senior terajang pintu tu. Boleh dikatakan dia tu bekas senior la. Tertanya juga, kenapa dia terajang pintu tandas tu. Belum sempat aku tanya, senior aku melanjutkan cerita.
Bekas senior itu boleh dikatakan seorang yang kurang ajar, budak-budak lain sudah serupa hamba bagi dia. Makan pun suruh junior ambilkan di dewan makan lepastu bawa makanan itu mengadapnya di dormnya. Maklum mengenai tandas yang selalu bertutup, ada satu malam dia dan rakan crook nya menakut-nakutkan seorang pelajar junior (meragging).
Dia ingin mengurung junior itu di tandas tersebut. Buka-buka tak dapat, ditolak-tolaknya tak terbuka pintu tandas itu. Lantas dengan sekuat hati dia terajang pintu tandas sampai tercabut. “Sekarang aku nak kau mencangkung kat sini..! Jangan keluar selagi aku tak suruh. Kalau kau keluar aku up (belasah dalam bahasa budak asrama) kau ramai-ramai.” Lalu dia beredar tinggalkan junior itu keseorangan di tandas hujung tersebut, untuk lebih menakutkan dia matikan lampu. Boleh dengar suara junior itu menangis ketakutkan.
“huuu..huuhuuu..huuuuu..huhuuhuu.. aku takut..iskk..iskk..” tangis junior itu keseorangan. Senior dan crook yang diluar tandas ketawa berdekah-dekah dalam nada yang tertahan-tahan. Apa yang senior itu tidak tahu, tangisan junior itu diajuk-ajuk.
Dah la tak payah nak menangis beriya-iya, dah keluar!” junior itu tak keluar-keluar apabila disuruh. Junior itu didapati sudah pengsan. Lagilah mereka ketawa berdekah-dekah.
Keesokan harinya waktu tengahari selepas makan dirasa perutnya meragam, dia meluru berlari ke tandas. Sambil melepaskan hajat, dia bersiul-siul.
“Weh orang sebelah, berak pun nak bersiul-siul ke? masuk taik dalam mulut baru tahu,” tiba-tiba siulannya terhenti bila ditegur orang ditandas sebelah.
“Suka hati akulah, aku bukan kacau kau berak pun!” marah senior. “Susah aku nak berak bila pintu dah takde ni, dah la budak semalam menangis-menangis, ganggu aku berak,” orang yang berada di tandas sebelah membebel.
Bekas senior yang tengah melepas mula naik hangin, cepat-cepat dia sudahkan hajatnya kerana disangka orang sebelah itu adalah junior semalam yang ingin mempermain-mainkannya.
Bila dia buka pintu tandas dia terkejut lembaga yang berdiri dihadapannya mempunyai tangan yang panjang dan leher yang luar biasa panjang yang sebenarnya dari tadi sedang mengintai senior itu berak.
Kedua-dua tanngannya sedang bergayut di bingkai pintu manakala kepalanya sedang menongkat dagu di atas bingkai pintu. Kali ini mata senior bertentang mata dengan lembaga tersebut.
“Ganti pintu tandas aku!” lembaga itu jengilkan mata. Seriously tandas hujung tu memang busuk bila dicuci (biasanya junior yang akan disuruh) keesokkannya busuk semula, tak macam tandas-tandas yang lain.
Beribu-ribu langau tu toksah cerita la, lalu je berdengung bunyi langau. Sepanjang aku duduk asrama tu belum pernah sekali aku masuk tandas tingkat bawah. Sebab asal tengok je tandas tingkat bawah aku terbayangkan orang leher panjang.
Sumber: Koleksi Kisah Seram
No comments:
Post a Comment