Misteri Kuburan Di Lebuh Raya Selatan



Kisah ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar yang aku alami semasa dalam perjalanan pulang ke kampung ku di Bagan Serai, Perak melalui Highway Utara-Selatan dengan menunggang motosikal.

Kisahnya begini, malam Jumaat itu selepas pulang dari kerja.aku rasa amat bosan dengan Kuala Lumpur. Dalam jam 10 malam selepas berehat seketika.. Aku memutuskan untuk pulang menziarahi ibubapaku di kampung. Seperti selalu aku sering bertolak dari KL sendirian dalam jam 12.00 mlm.

Selepas mengemas pakaian dan memeriksa motosikal ku,aku memulakan perjalanan dari Kg.Baru dan memasuki highway di Kepong. Lebih kurang 2 jam perjalanan aku singgah sebentar di tapah untuk mengisi minyak. Jam menunjukkan jam hampir pukul 3.00pagi. Malam itu jalan sunyi tak seperti biasa. Kedua-dua hala kenderaan sangat kurang. Bulan cerah sejuk dan berkabus. Selepas mengisi minyak aku teruskan perjalanan. Sampai di Ulu Behrang, aku berhenti di tepi jalan selepas keluar dari Ulu behrang. Aku mematikan enjin motosikalku di bawah deretan lampu sorot berkuasa tinggi di tepi jalan masuk ke lebuhraya dari Ulu Behrang.

Semasa aku berhenti, aku merasa tenang dan damai kerana jalan sangat sunyi dan lengang. Kiranya aku boleh memecut motosikal ku tanpa risau. Aku mengeluarkan sebatang rokok dan duduk di atas pembahagi jalan tepi hiway mengadap jalanraya dan motosikalku. Jam di tgn menunjukkan lebih kurang pukul 3.40 pagi. Cuaca semakin sejuk walaupun aku memakai jaket kulit. Sesekali jalan di sebelah sana menghala ke Kuala Lumpur, kereta melintasiku. Jalan raya mulai berkabus seolah-olah aku sudah melepasi terowong menara di Ipoh,

Habis sahaja sebatang rokok untuk menghilangkan mengantuk, aku campakkan puntung ke jalan. Aku menoleh ke belakang. Ketika itu aku seolah-olah tidak percaya dengan apa yang aku lihat. Aku tergamam seketika. Aku seperti terpaku dengan apa yang aku lihat. Aku kelipkan mata, menggosok wajahku dengan kedua-dua telapak tangan. Ia masih di situ..

Dalam cahaya bulan dan limpahan lampu sorot di tepi highway itu aku melihat sebuah kawasan perkuburan lama memenuhi bukit-bukit di hadapan ku. Tidak ada sebatang pokok yang ada pada bukit tersebut. Yang aku nampak hanyalah ribuan tiang batu nisan yang diperbuat dari kayu usang berceracak memenuhi bukit di hadapan ku. Aku nampak jelas dgn bantuan cahaya bulan dan lampu jalan ada 3 bukit yang dipenuhi batu-batu nisan lama..

Aku tak merasa seram atau takut, yang aku rasa hanyalah pelik kerana setahu aku tidak pernah ada kawasan perkuburan seluas itu di kawasan ini. Bukan sekali dua aku menggunakan jalan ini. Pertanyaan demi pertanyaan menerobos benak minda ku..apakah ini khayalan aku atau realiti. Aku memerhatikan ke segenap ruang yang mataku mampu melihat. Sungguh ia ada lah perkuburan yang berusia dan penuh dengan batu nisan yang dah semakin senget dan berceracak ke sepelosok bukit. Dalam 10-15 minit aku terpaku di situ. Memang aku sedar tak ada sebarang kenderaan yang lalu. Selepas itu aku perlahan lahan berundur ke arah motosikal ku, mengambil helmet dan menyarungkan sarung tangan ku sambil mata ku tidak lepas memerhatikan kawasan perkuburan Islam tersebut. Ketika itu aku terasa seram sejuk dan bulu tengkuk ku mula meeremag. Aghhh tanda ianya bukan realiti...aku start motor dan tanpa menoleh lagi. Aku bergerak sepanjang jalan, tak putus-putus soalan demi soalan dalam fikiran aku.

Setelah tiba di rumah aku tidak bercerita apa-apa pada ayahku. Keesokan paginya aku bertanya. Dia pun terkejut dan menegaskan memang tak ada perkuburan Islam begitu di tepi lebuhraya. Oleh itu aku yakin, aku diberi peluang oleh Allah melihat dunia lain buat sementara waktu.Sehingga kini setiap kali tiba di tempat tersebut aku mengingatinya. Apa yang aku nampak..perkuburan siapa..Hanya Dia yg lebih mengetahui.

Sumber : Koleksi Cerita Seram

No comments:

Post a Comment