Dirasuk Entiti Ketika Berkhemah


Gambar Hiasan
Cerita nie berlaku pada tahun 2007. Nie adalah kali kedua aku mengikuti perkhemahan peringkat sekolah. Aku mewakili pasukan PBSM yang mana kitorang menang johan keseluruhan pada tahun tu. Nie la first time kitorang menang keseluruhan dalam perkhemahan peringkat sekolah. Perkhemahan kali ini diadakan di Taman Negara Merapoh, Pahang. Kami berkhemah selama 4 hari 3 malam.

Kisah seram ini berlaku pada hari ke-3, sehari sebelum kami tamat perkhemahan. Pada hari tu kami membuat aktiviti "jungle tracking". Kami terpaksa berjalan di dalam hutan menuju ke gua gajah yang terletak di dalam Taman Negara. Sememangnya Taman Negara ini terkenal dengan gua gajah. Kami terpaksa berjalan hampir 5.5 km ke gua tersebut dan patah balik 5.5 km semula ke tapak perkhemahan. so, kami terpaksa menempuh 11 km untuk menamatkan "jungle tracking" nie. 

Alhamdulillah tiada apa-apa berlaku semasa ke gua gajah tersebut. Dalam gua tersebut kami dibawa melihat sarang kelawar dan batu yng menyerupai bentuk kepala gajah. Selepas itu kami pulang ke tapak perkhemahan. Kami mengambil masa dalam 4 jam untuk aktiviti ini. Alhamdulillah tiada apa-apa yang tidak elok berlaku terhadap kami, Cuma hanya beberapa orang sahaja yang pengsan akibat sesak nafas. Syukur alhamdulillah mereka sedar selepas dibantu oleh cikgu dan geng-geng kami.

Petang itu kami tidak menjalankan apa-apa aktiviti kerana agak keletihan. Kami hanya diberikan masa untuk membuat persiapan atau pun rehearsal malam bakat ynag akan diadakan pada malam nanti. Setiap pasukan beruniform dibenarkan membuat rehearsal dimana sahaja. Kira-kira dalam pukul 6 petang, hujan turun renyai-renyai. Kami pun mengambil keputusan untuk pulang ke tapak perkhemahan, 

Di kawasan tapak perkhemahan itu, pasukan Pengakap tengah membuat rehearsal di mana mereka berdikir barat. Hujan terus turun dengan lebat manakala pasukan pengakap masih lagi berdikir barat. Selepas itu cikgu mengarahkan mereka untuk berhenti kerana tak elok berdikir barat pada waktu hujan.
  
Kini sudah masuk waktu Maghrib, Kami diarahkan membuat persedian untuk ke surau. Hujan renyai-renyai sambil angin bertiup sepoi. Tiba-tiba kedegaraan seorang peserta perempuan meraung di hadapan tandas perempuan. Dalam pada itu kilat mula sabung menyabung, dan tidak semena-menanya bekalan elektrik terputus. Sekeliling kawasan perkhemahan menjadi gelap. 

Cikgu mengarahkan semua berkumpul. dalam pada masa yang sama, dua lagi peserta perempuan turut dirasuk. Keadaan menjadi semakin teruk. Kilat tidak berhenti sabung menyabung. Cikgu mengarahkan semua peserta berkumpul di dalam surau. Semua pesrta di kumpulkan di dalam surau bersama 3 orang peserta perempuan yang dirasuk. Kami diminta untuk melaungkan azan dan membaca surah yassin..
keadaan menjadi lebih teruk, 3 orang tadi meracau-racau apabila azan berkumandang dan bacaan yassin dialunkan. Peserta-peserta lain termasuk aku mulai merasai ketakutan dan hanya mampu memegang surah yassin sahaja. 

Tiba-tiba seorang lagi dirasuk, kali nie peesrta lelaki. Peserta lelaki yang dirasuk itu cuba untuk keluar dari surau namun sempat di halang oleh cikgu. Mereka meracau-racau, sambil bacaan yassin masih kedengaran. Tidak lama selepas itu, seorang bomoh datang.  Malangnya bomoh tersebut tak dapat buat apa-apa.

Keadaan semakin tenat, semakin ramai yang dirasuk, sudah pun menjangkau 10 orang yang dirasuk. Aku terus sahaja membaca yassin bersama member-member yang lain. Tiba-tiba member yang berada di belakangku pulak meraung, Hatiku luluh, seorang lagi dirasuk. Aku cepat-cepat membaca surah yassin. Baca dan terus baca tanpa mengendahkan orang lain kerana takut. Aku rasa terlalu takut. Aku hanya memikirkan hendak pulang kerumh sahaja. Sudah tidak tahan dengan ketakutan ini. Dalam pada aku membaca yassin itu, Tiba-tiba kawan di sebelahku terdiam dengan tidak semena-mena nya. 

Aku semakin takut. Badannya keras, matanya melopong. Member-member yang lain cuba membantu, Dia tak bergerak langsung. Aku semakin takut. Menggigil seluruh badan ku, Akhirnya seorang member ku mengalungkan azan di telinganya dan akhirnya dia kembali kepada normal.  

Keadaan masih lagi tenat, kira-kira 14 orng peserta telah dirasuk, cikgu mengarahkan semua peserta keluar dari surau bagi memulihkan peserta-peserta yang dirasuk. selepas hampir satu jam, akhirnya keadaan kembali normal. kesemua peserta yang dirasuk sudah pulih namun kesemuanya sudah tidak bermaya. seorang peserta terpaksa dikejarkan ke hospital kerana sesak nafas. 

Kami dikumpulkan di tempat makan dan tidak dbenarkan kembali ke tapak perkhemahan. Kami semua tidur di tempat makan namun aku tak boleh melelapkan mata kerana masih lagi trauma dengan peristiwa itu. Keesokannya keadaan kembali normal,  

Selepas sesi pembahagian hadiah kami terus bersiap untuk pulang.  Di sekolah heboh tentang peristiwa itu, Menurut cikgu, gangguan tersebut berlaku kerana pesrta membuat bising semasa berada di dalam gua gajah, dan satu lagi sebabnya bermain gong iaitu salah satu alat yang digunakan untuk dikir barat. Menurut pengamal, benda-benda halus amat sensitif apabila gong di palu pada waktu-waktu hampir maghrib..

Sumber: Koleksi Kisah Seram

No comments:

Post a Comment