Di Ganggu Puaka Sekolah




Cerita ini berlaku lebih kurang tujuh tahun lepas, ketika masih bersekolah menengah di utara Malaysia. Ketika itu kami ada perkhemahan di pinggir negeri (hampir dengan sempadan dengan Thailand). Pada malam kedua di situ, kawan-kawan saya meminta kebenaran dari saya untuk keluar hisap rokok di belakang, jadi saya katakan, "Ok tapi kalau kena tangkap dengan Cikgu, jangan kaitkan nama aku..." Ketika itu saya adalah pengawas sekolah yang agak nakal juga. 

Selepas mereka keluar ke belakang, saya dan kawan saya seorang lagi bernama Aiman dan lain-lain turun dari katil dan mulalah buat kerja jahat dengan mengambil bedak, ubat gigi, dan minyak panas dan sapu pada muka kawan-kawan yang sedang tidur dan letak minyak panas dan ubat gigi di dalam seluar mereka.

Tiba-tiba sedang kami membuat kerja jahat itu, kami mendengar anjing melolong dan bersahut-sahutan, kami pandang antara satu sama lain. Tiba-tiba semasa anjing sedang bersahutan, kami dengar di atas atap bilik itu, suara yang seram, seperti sedang terbang melintas, serta-merta kami yang berdiri terus jatuh secara serentak, seperti kami ditolak oleh sesuatu. 

Kami pun terus bergegas naik atas katil dan selimut satu badan. Lebih kurang beberapa minit selepas itu, saya lihat kawan-kawan saya yang keluar hisap rokok di belakang "dorm", berlari-lari masuk ke dalam bilik dan terus tidur, pucat saya tengok muka mereka.

Esoknya, saya bertanya kepada kawan-kawan saya, kenapa muka mereka pucat lesi dan seperti ketakutan berlari ke dalam "dorm" selepas menghisap rokok, katanya mereka ternampak seorang perempuan bertelekung putih dan berdarah mukanya sedang menggendong batu nisan melayang lalu di depan mereka ketika menghisap rokok.

Sumber: Koleksi Cerita Seram

No comments:

Post a Comment