Misteri Chatting Larut Malam


kisah seram tengah malam
Gambar Hiasan


Zainah merupakan seorang gadis yang agak kasar perlakuannya. namun sejak akhir-akhir ini sikapnya seakan berubah. teman sebiliknya, faridah sedikit terkejut dengan perubahan yang berlaku ke atas rakannya. hampir setiap malam zainah akan keluar dari bilik dan berkunjung ke kafe siber.

Nick name Julia dan Zack menghias skrin komputer. Hampir 4 jam mereka berchatting tanpa henti di channel tersebut. Zainah makin terhibur dengan pertemuan yang tidak diduga ini, ianya akhirnya berlarutan selama berbulan-bulan.

Zainah semakin rapat dengan Zack sekalipun tidak mengenali rupa paras masing-masing. Tambah mengejutkan sikap dan pakaian Zainah turut berubah. Dia yang dulunya sedikit kasar dan gemar memakai pakaian ala lelaki kini kelihatan bertambah ayu dengan penampilan barunya. Zainah meneruskan rutin hariannya malam itu. Janjinya pada Zack untuk bertemu jam 8 malam tidak akan dimungkirinya. Malam makin tua namun nick name Zack masih belum muncul. Jam di dinding berdenting 12 kali dan Zack belum muncul.

Biarpun kecewa dengan apa yang berlaku, namun Zainah tidak putus asa. dia masih meneruskan rutin hariannya ke kafe siber setiap hari untuk bertemu Zack walaupun usaha yang dilakukannya itu tidak berjaya. Seminggu berlalu pergi dan Zainah masih setia menanti. malam itu dia bertuah kerana dapat berbual dengan Zack yang dinantinya sekian lama.

Julia : Kenapa dah lama tak on9? Lama saya cari awak, telefon pun  tak dpt. awak pergi mana?

Zack: Saya ada masalah skit, terpaksa pergi tempat lain, sebab tu tak dpt contact awak.

Julia : awak x sihat ker?

Tiada jawapan..... Zack mengambil langkah mendiamkan diri setelah diajukan soalan itu,tak sampai hati rasanya nak memaklumkan perkara tersebut. namun begitu dia terpaksa memberitahu segalanya kerana hanya Zainahlah yang mampu membantunya.

Julia : naper tak reply balik? Awak still ader ker?

Zack: yerp, ader lagi ni dan saya akan sentiasa ader di sisi awak selalu. Julia, saya nak minta tolong leh tak?
Julia : Apa dia? Selagi saya leh tolong, saya akan tolong.

Zack: Biarpun keadaan tak sama lagi macam dulu, tapi perasaan terhadap awak masih kuat.

Julia : Apa yang awak cakap ni? Saya tak fahamlah. Keadaan apa yang tak sama? awak naper neh?

Zack: Harap awak tak terkejut dengan berita nih. Saya kemalangan minggu lepas sebab itulah tak dapat contact awak. saya luka parah, byk darah hilang...saya tercampak dlm semak dan cuba dapatkan bantuan tetapi hampa.

Julia :habis sekarang awak katner? Keadaan awak?

Zack: Saya masih lagi di sini, menantikan pertolongan di Kilometer 8, Jalan Panglima Garang. harap awak dapat 'menyelamatkan' saya.

Tiba-tiba perbualan terhenti di situ. Zainah seakan terpaku dengan berita yang diterimanya. Tanpa berlengah lagi dia terus menghubungi keluarga Zack bagi mendapatkan kepastian dan ternyata mereka masih mencari Zack yang dipercayai hilang sejak seminggu yang lalu.

Air mata Zainah mengalir deras di pipinya dan tanpa membuang masa dia terus bergegas ke tempat yang dimaksudkan, ditemani rakan sebiliknya, Faridah. Setibanya mereka di sana, kelihatan beberapa buah kereta polis dan ahli keluarga Zack. Bau busuk menerawang ke merata tempat dan tidak lama kemudian mayat Zack diusung keluar dalam keadaan yang amat menyedihkan.

Sekalipun sedih dengan apa yang terjadi namun Zainah amat berpuas hati kerana dapat 'menyelamatkan' Zack dari terus menjadi mangsa di situ dan persoalannya kini siapa yang berchatting dengannya malam tadi?

No comments:

Post a Comment