Misteri Patung Terkutuk



Robert, atau dikenali sebagai Robert the Doll, atau Robert the Doll Enchanted, adalah sebuah patung yang pernah dimiliki oleh pelukis Key West dan penulis Robert Eugene Otto. Anak patung ini dikatakan diresapi oleh roh-roh jahat, dan mempunyai reputasi yang menakutkan. 

Boneka, yang dikatakan mempunyai sumpahan itu , telah menjadi pakej pelancongan hantu di kawasan Key West sejak diletakkan ke dalam Muzium Martello Fort Timur. Robert memakai pakaian abad ke-20 menyerupai pelaut Amerika. Bertentangan dengan apa yang di percayai ramai, bagaimanapun, rambut boneka itu tidak terbuat dari rambut manusia, tetapi sebaliknya, ia diperbuat daripada bahan sintetik yang menyerupai bulu benang.

Dikatakan, Eugene telah diberikan boneka itu pada tahun 1906 oleh seorang hamba Bahamian yang mahir dalam ilmu hitam dan voodoo dan tidak senang dengan keluarga Eugene. Tidak lama selepas itu, keluarga Eugene mengatakan bahawa ada sesuatu yang menakutkan tentang anak patung itu. Ibu bapa Eugene sering mendengar dia bercakap dengan anak patung itu dan patung itu berbicara kembali. Walaupun pada awalnya mereka menganggap bahawa Eugene hanya menjawab dirinya sendiri dengan suara yang di ubah, namun kemudian menyedari bahawa anak patung itu sebenarnya bercakap. 

Jiran Eugene mengaku telah melihat anak patung itu bergerak dari jendela ke jendela apabila keluarga tersebut tidak berada di rumah. Kadang-kala patung itu akan ketawa dengan ketawa yang mengerikan, dan keluarga Otto kadang kala melihat dapat melihat sekilas patung tersebut berjalan dari bilik ke bilik. Pada waktu malam, Eugene di katakan akan menjerit, dan apabila ibu bapanya berlari ke biliknya, mereka akan mendapati perabot-perabot dijatuhkan dan Eugene di berada di tempat tidur, di lihat sangat takut, memberitahu mereka bahawa "Robert yang lakukannya!". Selain itu, tetamu yang datang ker rumah mereka sering mendakwa telah melihat perubahan ekspresi wajah Robert di depan mata mereka dan ia sering berkedip. 


Apabila Eugene meninggal pada tahun 1974, anak patung itu dibiarkan di loteng sehingga rumah itu dibeli orang lain. Sebuah keluarga baru termasuk seorang gadis berusia sepuluh tahun, yang menjadi pemilik baru Robert. Tidak lama selepas itu, gadis itu mula menjerit di malam hari, dengan mendakwa bahawa Robert bergerak di sekeliling bilik, malah cuba untuk menyerangnya pada beberapa siri kejadian. Lebih daripada tiga puluh tahun kemudian, gadis tersebut masih memberitahu pewawancara bahawa anak patung itu hidup dan cuba membunuhnya.

Patung tersebut setiap tahun digilirkan ke Pejabat Pos Lama dan Customhouse pada bulan Oktober. Kejadian pelik di muzium itu dikatakan meningkat pada waktu itu. 

Patung tersebut telah dipamerkan di Taps CON, konvensyen paranormal yang diadakan di Clearwater, Florida pada Mei 2008. Ini adalah kali pertama patung itu telah di bawa keluar dari Key West, Florida sepanjang 104 tahun kewujudannya.

1 comment: