Gambar Hiasan |
Hada dapat jugak balik ke kampung dia naik bas pukul 5 petang. Perjalanan selalunya dalam 5 jam naik bas ekspress. Nak balik ke kampung Hada dia boleh naik apa-apa bas yang menuju ke Butterworth, Parit Buntar mahupun ke Kulim. Yang paling awal hari tu bas ke parit buntar.
Dalam pukul 11 macam tu Hada dah sampai kat stesen bas Parit Buntar. Memang tak ada sesiapa yang boleh ambil dia. Jadi nya Hada kena ambik teksi untuk nak sampai kat kampung dia. Dia tanya pada orang yang bawak teksi dia nak ke bandar baru. Ramai yang tak mahu. Last sekali ada pak cik yang kesian dekat dia offer nak tolong, prebet sapu. Hada terpaksalah sebab dia takut tak sempat nak jumpa nenek dia.
Dalam perjalanan nak balik ke kampung, sempat jugalah dia nak berbahasa basi dengan pak cik nih, duk ralit-ralit bersembang, ada perempuan tahan kereta tumpang. Pak cik yang bawak kereta nih tak berhenti sebab dah ada penumpang. Lagi pun dia kesian dekat Hada. Hada pun buat tak kisah lah. Dia pun tengah susah hati.
Jalan kat depan skit, ada lagi perempuan tahan kereta. Dalam hati Hada "ramainya orang tahan kereta". Masa tu dalam pukul 11 lebih kalau tak salah. Pak cik tu buat dunno sekali lagi. Masuklah kali yang ketiga bila sekali lagi diorang nampak perempuan melambai kat kereta sama macam yang kedua dan pertama kali tadi. Hati Hada memang rasa tak sedap dah. Dia pulun la baca apa yang dia ingat.
Pak cik tu dah terdiam dah tak dengar dia cakap apa-apa lagi. Nampak macam dia fokus kat jalan raya. Tak lama lepas tu, pak cik tu berhentikan kereta. Dia suruh Hada baca apa yang patut. Hada memang tak berani nak pandang kat luar. Dia cuma tunduk pastu pandang kaki dia. Rasa memang macam nak menangis sesangat. Pastu kedengaran pak cik tu melaungkan azan.
Masa azan dilaungkan tu memang Hada rasa sayu sangat-sangat. Tak lama lepas tu pak cik tu start kereta terus sampai kat rumah Hada. Masa Hada sampai kat rumah, dia ajak pak cik tu bermalam kat rumah dia, sebab risau kalau pak cik tu kena ganggu lagi. Mulanya pak cik tu tak mahu, lepas ayah dan abang Hada bersungguh-sungguh ajak baru pak cik tu setuju.
Ikut cerita pak cik tu memang dia nampak perempuan tu 3 kali. Perempuan yang sama tahan kereta dia. pastu dia rasa macam sesat dan masa dia bawak kereta, dia perasan kat depan jalan tu ada simpang, sedangkan jalan dekat situ sehala je. Dia memang dah biasa jalan dekat situ sebab selalu berulang alik kat situ. Selepas azan baru dia nampak jalan.
Lepas subuh baru pak cik tu minta diri balik. Lepas pada kejadian tu Hada memang takkan balik time tu... kalau sampai lewat dia akan tunggu kat stesen bas.
Sumber : Koleksi Kisah Seram
No comments:
Post a Comment