Misteri Jembalang Paya Bakau


Gambar Hiasan
"Cepat sikit, air tengah pasang tu. Kalau dah surut susah kita nak cari siput nanti."ujar Wan kepada Buyung dan Zul. 

Mereka bertiga merancang utk mncari siput sedut sejak semalam lagi. Si Wan lah yang paling handal dalam mncari siput sedut antara mereka bertiga.

Setibanya mereka di hutan bakau yg berlokasi di tepi pantai kampung mereka, air laut masih pasang lagi dan tanpa mmbuang masa mereka terus mncari siput sedut itu. " Betul tak cakap aku, kalau air pasang siput akan naik ke atas pokok, jadi senanglah kita nk kutip siput2 ni..."kata Wan. Mereka bertiga asyik mengutip siput sedut tanpa menyedari yang mereka dah jauh masuk ke dalam hutan pokok bakau. " Aku ingat nak cari siput kat pokok hujung sana, " tiba2 Buyung bersuara. " Kau jgn pergi jauh sangat Yong, takut apa2 berlaku nanti." balas Zul.

"Alah, aku pergi kt situ jer, bukan jauh sangat dari kau dua orang.." balas Buyung berani.

Dgn perlahan2 Buyung berjalan meninggalkan Wan dan Zul yang sedang leka mengutip siput. " Wah, kat sini lagi banyak siput" kata Buyung dalam hati. Buyung terus mengutp siput sedut itu tanpa menghiraukan lagi kawan2nya dan tanpa dia sedari dia sudah semakin masuk jauh ke dalam hutan bakau itu.

Tiba-tiba telinga Buyung berdesing dan kawasan di sekitarnya terus berubah dari hutan bakau terus menjadi sebuah perkampungan. Di depannya ada sebuah rumah lama yang agak besar berpagar kayu yang tinggi. Dari pemerhatian Buyung kampung ini adalah perkampungan Cina kerana bentuk rumah seperti rumah Cina lama. 

"Macamana ada kampung dalam hutan ni..?"bisik Buyung kehairanan. Buyung terus melangkah menghampiri ke pintu pagar kayu dan mengetuknya. "Masuklah" terdengar suara perempuan menyuruhnya masuk. Buyung menolak pintu itu perlahan2 dan apabila pintu terbuka, Buyung melihat seorang gadis Cina sedang baring mengiring di atas wakaf dan dikelilingi oleh 5 lelaki Cina yang tegap-tegap belaka. Cara mereka berpakaian seperti orang Cina sekarang. 

Gadis itu bercheongsam merah dan terbelah kainnya kiri dan kanan sehingga menampakkan betis dan pahanya yang putih serta gebu. Lelaki pula hanya berseluar hitam seperti seluar kungfu. Mereka memandang Buyung tanpa berkelip sambil memeluk tubuh.

"Mari ke mari Buyung" pelawa gadis itu. Buyung tetap berdiri sambil memandang kepada mereka. "Jika kau berdamping dengan aku, kau akan menjadi kaya dan setiap permintaan kau akan dipenuhi " kata gadis itu. Buyung hanya tersenyum mendengar kata gadis itu. 

Seperti firman Allah dalam Surah Al-Ankabut (Labah-Labah) ayat 41 yang bermaksud : Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung-pelindung selain Allah adalah seperti labah-labah yang membuat rumah dan sesungguhnya rumah yang paling lemah ialah rumah labah-labah kalau mereka mengetahui .

"Kau bukan Tuhan ku dan aku pula bukan hamba mu, hanya pada Allah sahaja aku meminta pertolongan dan perlindungan " ujar Buyung dengan tegas. 

Sepantas kilat seorang dari lelaki tersebut melompat dan melepaskan satu tendangan ke dada Buyung dan membuatkan Buyung terhumban ke belakang. Buyung terasa amat sakit di dadanya dan ada cecair merah keluar dari mulutnya. Perlahan-lahan Buyung bangun memegang dada menahan sakit. 

Tanpa Buyung duga, satu tendangan hinggap di pipinya sebelum sempat Buyung mengelak. Sekali lagi Buyung rebah ke bumi menyebabkan pandangan Buyung berpinar. Dengan susah payah Buyung bangun dan membalas serangan dengan melepaskan satu tumbukan ke arah muka lelaki itu dan sepantas kilat lelaki itu mengelak sambil membalas tumbukan Buyung tepat di kepalanya. Buyung jatuh lagi. 

Dalam kesakitan yang amat sangat, Buyung melihat musuh-musuhnya ketawa dan tersenyum sinis kepadanya. Buyung tahu dengan menggunakan zahir sahaja tidak mencukupi untuk mengalahkan jembalang yang bertopengkan manusia.

" Rabbana Rabbuka Rabbika......" Buyung membaca ayat mentera sambil mengabungkan tenaga zahir dan batin untuk memulihkan tenaganya. " Zolikan Kolikan Kulunapsin Zaikatulmaut....." Buyung melompat ke arah lelaki tadi umpama pendekar dan melepaskan satu tumbukan maut ke arah lelaki itu. Lelaki itu jatuh ke bumi dan tidak bergerak lagi. 

Melihat rakannya jatuh tidak bergerak lagi, keempat-empat lelaki itu menyerang Buyung serentak tetapi kali ini Buyung sudah bersedia dengan sekali libas jarak jauh dengan menggunakan Kipas Senandung, keempat-empat lelaki itu jatuh ke bumi dan tidak bernafas lagi. Tinggal lah gadis tadi keseorangan. Buyung menghampiri gadis yang dalam ketakutan. 

" Aku bagi kau amaran yang terakhir. Jika aku dengar kau menganggu manusia yang mencari rezeki di sini, aku tidak teragak2 menghapuskan kau dari muka bumi Allah ini" tegas Buyung. Gadis tersebut mengangguk kepala dan terus menghilangkan diri.

Dalam sekelip mata, kawasan perkampungan tadi bertukar kepada hutan bakau tadi. Buyung melihat sekeliling kawasan itu umpama telah berlaku satu pergaduhan yang besar dengan banyak pokok-pokok tumbang dan patah. Baju Buyung juga kotor dengan disaluti lumpur. Pipi dan dadanya masih terasa sakit dan sayup-sayup terdengar suara Zul dan Wan memanggil namanya. Buyung bergerak ke arah suara kawan-kawan nya itu. " Mana kau pergi Yong? Puas kami mencari kau. Naik risau kami dibuatnya" ujar Wan. "Tengok baju kau tu penuh dengan lumpur, kau berkubang kt mana ni..?"tanya Zul kehairanan. Buyung hanya tersenyum sahaja dan ini membuatkan kawan-kawan nya diselubungi misteri.

Sumber : Koleksi Kisah Seram

No comments:

Post a Comment