Di Ganggu Pontianak


Gambar Hiasan

Ini adalah kali pertama aku akan berpisah dengan orang tuaku. Ibu mengesat airmatanya, macamlah aku pergi jauh-jauh selama setahun.  Mungkin aku anak kesayangan Ibu kot sebab tu dia bersedih aku meninggalkan rumah.  Kakak & abang-abang aku pergi jauh-jauh, tak ada la pulak dia nangis. 

“Seminggu je bu..dahlah.. dahlah..” Aku pujuk Ibuku.  Ku dakapkan kepalanya ke dadaku.  Aku ambil tisu dalam van lalu ku kesat airmata ibu. 

Kawan-kawanku senyum semacam je melihat aku.  Mesti diaorang usik aku ni nanti.  Senyumlah korang, nasib aku baik tau dapat ibu yang penyayang.

“Nah, bawak ni.”Ibu menghulurkan buku Al-Quran bersaiz 10xcm buatku. 

“Tak, yah..la bu. Nanti rosak pulak buku ni.”

“Simpan, kalau ada apa-apa baca doa kat dalam ni untuk menghalau benda jahat.” Ibu tahu aku ni selalu ponteng sembahyang.  Doa qunut pun aku tergagap nak hafal.  Tiap kali sembahyang jemaah dengan ayah, aku standby buku doa.

“Yelah..yelah..” Aku pun bersalam dengan Ayah & Ibu.  Aku masuk ke dalam perut van.  Ku lambai-lambaikan tangan kepada orangtuanya.

“Susu tak bawa?” Aku dah agak dah soalan cepu emas ni yang akan terkeluar.  Semua dalam van tergelak.

“Ha! Gelak, gelak..nanti gigi kena cabut dengan hantu baru korang tau.” Marahku.

“Masin mulut engkau…” Sofea bersuara. Dia ni agak penakut sikit tetapi nak ikut juga.

Perjalanan ke Pulau Ponti memang jauh, kami bertolak jam lapan pagi, sampai kat jeti tepat puku 12 tengahari.  Kebetulan kat jeti tu ada warung, kami pun mengalas perut dulu.  Sedap juga ikan bakar kat tepi sungai ni.  Betul-betul segar & sedap sekali.

Selesai makan tengahari, kami teruskan perjalanan dengan menaiki sampan, muat untuk 5 orang satu sampan.  Jadi kami sewa 3 buah sampan kerana kamera yang kami bawa agak berat. 

Rombongan ke Pulau Ponti betul-betul menyemarakkan perasaanku.  Tak sabar aku nak melihat rupa Pontianak atau jembalang seperti yang aku pernah dengar dari cerita kawan-kawanku.  Di sebabkan aku tak pernah mempunyai perasaan takut dengan hantu, jadi aku bersetuju bila rakan sekerjaku mencadangkan kami membuat kajian tentang Pontianak di Pulau Ponti. 

Sepanjang perjalanan mengambil masa selama satu jam setengah, aku betul-betul terpukau dengan keindahan alam. Memang indah sekali panorama yang Allah bagi ini.  Kami berkemas-kemas menyediakan kelengkapan khemah, kamera kami pasang betul-betul supaya tak jatuh bila kena tiup dengan angin.

Gambar Hiasan
Angin yang sepoi-sepoi bahasa, meremangkan bola roma.  Sejuk betul tempat ni.  Kampung orang pun tak ada, mungkin terlalu jauh kot atau memang orang takut dengan Pontianak sebab tu semua takut nak berkampung di situ.

Daripada cerita pak cik yang menyewakan sampan untuk kami, memang pulau tu tak berpenghuni. Yang datang cuma peneroka dan nelayan untuk melepaskan penat lelah.  Bila dah nak masuk senja semua cepat-cepat pulang kerana takut ada gangguan.  

Inilah kali pertama dia nampak budak-budak muda seperti kami datang berkhemah. Dia berpesan, sekiranya tercium benda wangi, yang datang tu hantu baik.  Bila berbau busuk, selalu nya hantu jahat.  Menarik juga cerita pakcik tu.

Aku belek jamku dah pun menunjukkan pukul 5.  Cepatnya matahari nak terbenam.  Cepat juga malam kat sini.  Aku panggil Sofea & Jojo untuk temankan aku pergi menyediakan makan malam.  Kami bakar ikan yang kami beli dari kedai tepi jeti tadi. Berseleranya kami makan.  Selesai makan, kami nyanyi-nyanyi & buat unggun api. 

Malam ni kami bercadang nak rehat dulu sebab kepenatan. Bunyi cengkerik dan katak berkumandang menyanyikan lagu sumbang.  Sedang aku syok-syok nyanyi, aku rasa ada tangan memegang bahuku.  Bila aku toleh, tiada sesiapa kat belakang aku.  Aku sambung nyanyi balik.   Sofea aku tengok diam je dari tadi, mungkin penat agaknya.  Banyak kali dia menguap.

“Jom, tidur..”aku ajak Sofea masuk dalam khemah.

Dia bingkas bangun lalu masuk ke khemah kami berdua. Berjalan pun macam orang tak makan.  Memang penat betul Sofea.  Yang lain pun turut serta masuk khemah masing. Unggun api kami biar menyala supaya haiwan liar tak datang.

Sofea tanpa berlengah lagi terus menutup mukanya dengan bantal kecil.  Tidur agaknya. Aku angkat perlahan-lahan bantal kecil, wah! Betul-betul tidur la minah ni.  Mata aku pulak belum nak tidur lagi.  Aku rasa lebih baik dengar muzik.  Banyak dah lagu yang aku download dalam hansetku.  Kawan-kawan yang lain mesti dah lena di buai mimpi.  Sedang aku syok dengar lagu, nampak ada bayang orang berjalan di luar khemah aku & Sofea. Aku tutup muzik dan ku buka pelan-pelan pintu khemah. Hamidah rupanya.

“Min, temankan aku jap.  Perut aku sakit la..” Hamidah menekan-nekan perutnya.  Kesian pulak aku nampak Hamidah.

“Ok, jap.” Aku korek-korek poket beg galasku, akhirnya aku jumpa lampu suluh.  Aku pun berjalan di belakang Hamidah. Kami masuk dalam hutan jauh sikit takut sampah sarap dalam perut Hamidah tu berbau kalau membuang dekat tempat kami berkhemah.

Aku nampak sebatang pokok tumbang yang hampir reput.  Aku bagi isyarat kat Hamidah supaya melepas kat situ.  Dia berlari-lari anak.  Lepas tu aku dengar “Pretttt, pet..pet..pet..pretttt..!” nak termuntah aku. 

“Pengotor la engkau ni Midah..”

“Tutup telinga tu..” Midah ketawa melihat aku menutup hidung.

Aku pun beredar jauh sikit dari Hamidah.  Tak kuasa aku nak menyedut udara busuk Hamidah.  Sedang aku duduk di atas tunggul kayu sambil membunuh nyamuk yang cuba menghisap darah di kakiku, aku ternampak kain putih sangkut kat atas pokok.

Macam mana kain putih boleh ada kat pokok ni? Mungkin payung terjut kot? Manala tau, ada orang buat terjun udara tapi sangkut kat situ.  Atau nelayan yang buang pukat kat atas pokok? Rasa ingin tahu membuatkan aku menghampiri pokok tadi. Aku pandang ke atas, kelihatan mata burung hantu bersinar-sinar memandang aku.  Cantiknya..sebab aku belum pernah tengok dekat-dekat burung hantu. 

“Shuh..! Shuh..!” Aku halau burung hantu tadi.  Dia pun terbang entah ke mana. Daun-daun jatuh berguguran bila kena langgar dengan burung hantu tadi. Aku terlompat-lompat sambil ku kuis-kuis dengan kayu kain putih tadi tetapi makin lama makin tinggi. Apasal makin lama makin tinggi? Pelik.. Berpeluh la jugak bila terlompat-lompat.

“Yasmin!” Hamidah menepuk bahuku. Aku tersengih-sengih memandangnya.  Dah lega la tu..

“Engkau pakai minyak wangi ke?” soal Hamidah lagi.

“Mana der..aku tak pernah pakai minyak wangi.  Kentut adala..” Aku gelak dengan kuatnya.

Tetiba aku nampak wajah Hamidah bertukar pucat. Lampu suluh kat tangan dia terjatuh. Pelik betul.. pasal aku cakap kentut takan terus sakit. Hamidah menarik tanganku, mulut di muncungkan supaya aku toleh ke belakang. Bulu romaku meremang, aku rasa lain macam je.  Aku toleh ke belakang, aku nampak satu lembaga berbaju putih & berambut panjang.  

Muka dia tak jelas sebab ditutup oleh rambutnya yang panjang mengurai. Aku jadi kaku, mulutku tertutup seperti kena gam. Aku cuba pejamkan mata, mana tahu aku cuma bermimpi tetapi makhluk serupa wanita masih berdiri di hadapanku. Tetiba dia ketawa mengilai lalu terbang keatas.

Aku dan Hamidah terus lari pecut 100meter. Di sebabkan terlalu takut yang teramat sangat, aku terus redah je masuk dalam khemah. Peduli apa aku Sofea, dia pun mungkin masih di buai mimpi yang indah. Selimut ku tarik menutupi seluruh badanku. Di sebabkan aku tak pandai dalam bab-bab baca doa, aku pun bantai je doa makan, doa qunud dan Al-Fatihah je. 

Dulu mak suruh masuk sekolah agama aku bantah. Sekarang baru menyesal.  Kalau tak, dah lama aku bantai hantu Pontianak tu, tak payah susah-susah aku lari pecut. Boleh aku tunjuk terror kat member-member aku. Harap-harap Hamidah tak pecahkan rahsia aku kat geng-geng yang lain. 

Sedang aku menggigil ketakutan, tiba-tiba khemah aku dan Sofea tumbang kena tiup angin yang kuat. Bukan setakat khemah kami berdua, khemah rakan-rakan yang lain pun sama. Kami semua kelam kabut dan takut yang teramat sangat. Kami semua dah panik dan tak tahu nak buat apa.  

Angin kemudian bertiup dengan kencang.  Habis berterbangan segala kertas kerja dan barang-barang yang lain.  Tempat kami berselerakan. Mengamuk ke apa Pontianak ni? Ilaian Pontianak semakin menjadi, kejap suara dia seperti orang menangis bercampur aduk dengan tangisan budak kecil.  Kat hutan macamni mana budak kecil, mesti anak Pontianak tadi la tu.

Selang lima minit kemudian, cuaca kembali normal. Kami menyusun ala kadar barang-barang yang berselerakan. Tak sabar rasanya nak menunggu hari siang.  Sebaik khemah di dirikan semula, kami pun tertidur keletihan.

Keesokan harinya kami dapati tempat kami seperti tiada apa yang berlaku semalam. Hairan bin ajaib, siapakah yang mengemas barang-barang kami. Semua saling bertanya tetapi masing-masing menafikannya.  

Kami bercadang untuk meninggalkan Pulau Ponti, takut perkara buruk berlaku lagi dahsyat kiranya kami meneruskan bermalam di situ.  Pagi-pagi subuh Pak Cik yang membawa kami ke Pulau Ponti datang bersama kawan-kawannya yang haritu. Dia tersengih memandang kami, menampakkan gigi kuningnya yang jarang. 

Rupa-rupanya Pak Cik tu datang sebab takut perkara buruk berlaku kepada kami. Ada sekali tu, kumpulan budak-budak muda seramai 6 orang, berpasangan datang berkhemah tetapi hilang sampai sekarang. Bila Pak Cik menegur perbuatan mereka terus kena maki.  Pak cik tu tak menceritakan pada kami mula-mula sebab risau kami takut.

Selepas siap berkemas, kami pun meninggalkan Pulau Ponti dengan perasaan kecewa sebab gagal merakam gambar hantu tetapi kami bersyukur kerana selamat dan tiada seorang pun yang cedera.  Tetapi yang masih dalam persoalan, siapakah yang mengemas barang kami sedangkan bukan main teruk tempat itu di kerja ribut Pontianak semalam.  

Sampai di tebing kami pun memunggah barang-barang masuk dalam van. Baru sahaja aku berpaling untuk menghulurkan duit tambang dekat Pak Cik tadi, dia sudah menghilangkan diri. Sekali lagi kami terkejut, kedai yang berada di tebing sungai semua menghilang.  Yang ada cuma sebatang pokok cempaka dimana bunga nya berwarna kuning.  Semua berpandangan, kami pun termuntah takut termakan cacing.  Aku apalagi, ku korek sedalam-dalamnya supaya terkeluar benda kotor yang kami makan hari pertama sampai di situ.

Bila pintu van tutup, kami bergegas meninggalkan tempat itu. Dari kejauhan aku ternampak Pak Cik yang membawa kami melambaikan tangan.  Aku renung je dari dalam van sehingga van semakin jauh lalu hilang dari pandanganku.  Sofea menjelingku.

“Nampak tak?” tanyanya.

“Nampak” jawabku.

“Aku pun.” Balas Hamidah

“Aku pun” serentak yang lain bersuara.  Nampaknya bukan aku seorang jadi aku masih waras lagi.

Aku nekad, akan belajar agama dengan ayah lepas balik nanti. Tak sanggup aku di ketawakan hantu kerana salah baca doa. Bagus juga percutian kami ini kerana dapat menyedarkan aku dari hanyut oleh arus zaman yang serba melalaikan dan melupakan agama.

Sumber : Koleksi Kisah Seram

No comments:

Post a Comment