Misteri Lombong Pancing


Gambar Hiasan
KATA arwah ayah, memancing di lombong tinggal atau di kuala sungai risikonya banyak berbanding tempat lain, terutama waktu senja dan tengah malam, cerita seorang pemancing Marzuki Abu yang kini sudah berusia 30 tahun.

Menurut Marzuki, beliau dilahirkan di Malim Nawar, Perak dan amat gemar memancing.
Bermula usia 8 tahun beliau sering mengikut ayahnya pergi memancing di lombong pada waktu siang.

Pada satu hari kebetulan malam Jumaat, sebaik saja pulang dari surau, saya mengajak ayah pergi memancing di satu lombong lama yang belum diteroka yang menjadi padang pancing di kalangan kaki pancing tempatan.

Ayah tidak membantah kerana dia juga berhasrat untuk mencuba joran yang baru dibelinya dari pekan Kampar.

Ayah memang biasa di kawasan lombong tinggal malah lokasi yang tersorok dalam belantara sering dikunjungi bersama rakan pancingnya yang berani.

Pada mulanya ibu cuba menghalang sebab waktu itu sudah jam 11 malam dan lokasi yang hendak dituju juga agak jauh, tapi ayah sudah bertekad dan perjalanan diteruskan dengan menaiki motosikal.

Lebih satu jam perjalanan melalui belukar tebal akhirnya mereka tiba di lokasi lombong tinggal yang sederhana tapi sudah didatangi kaki pancing melalui cahaya lampu yang berderet di tepi gigi air lombong.

Saya menarik nafas lega dan gembira kerana ada kawan, tapi ayah kurang senang sambil memasang lampu karbait.

Dua lampu dipasang sekali gus menyebabkan sekitar kawasan berkenaan terang, tapi anehnya tiada sebarang kenderaan seperti motosikal yang boleh digunakan untuk sampai ke lokasi, cerita Marzuki lagi yang pada ketika itu jam sudah 12.30 tengah malam. Suasana kian sunyi, tidak terdengar suara maupun batuk-batuk daripada kaki pancing yang sudah lebih dahulu tiba.

Saya tidak kisah itu semua, malah paling penting pada ketika itu untuk menurunkan umpan dedak yang dibawa dari rumah. Ikan baung sebesar lengan ayah membuka tirai, saya sungguh gembira, cerita Marzuki sambil itu ayahnya masih kelihatan gelisah.

Sesekali saya tercium bau harum berserta dengan angin bertiup lembut.

Saya sudah mendaratkan lima ekor baung dan tiga lampam, ayah kemudian berpesan supaya saya jangan ke mana-mana, beliau hendak mencari kayu untuk unggun api.

Tiga puluh minit berlalu, ayah keluar lalu mengajak saya mengikutnya berpindah, ayah tidak banyak bercakap, kami sampai satu lokasi yang jauh dari tempat biasa.

Airnya tenang, ayah mengajak saya berenang, tapi saya takut, sebab saya tidak tahu berenang.

Ayah agak marah, dia naik dari air tapi pakaiannya tidak basah. Matanya merah memandang saya, satu kelainan dapat saya rasakan sebab dia langsung tidak bercakap.

Dalam keadaan yang tidak menentu itu saya tiba-tiba terdengar bacaan ayat Qursi lantas saya memang mengenali itu bacaan ayah, tapi yang membawa saya sebentar tadi siapa?

Gambar Hiasan
Lembaga itu mula berubah, ketakutan lalu hilang dan saya macam terpukau di bawah pokok rendang di tepi kolam dan lampu yang tadinya berkelipan di tepi lombong sudah tidak kelihatan lagi. Suasana bertambah sunyi dan gelap, saya mula takut kerana terdengar suara nyaring ketawa memanjang di hujung lombong berkenaan.

Suara bacaan ayat Qursi dari ayah bertambah kuat saya dengar. Saya terus mendapatkan ayah lalu memeluknya.

Ayah kemudian mengemaskan semua peralatan untuk di bawa pulang. Dia agak tenang dan penuh yakin.

“Kita balik,” suaranya ringkas lalu menghidupkan enjin motosikal dan berlalu dari situ.

Suara hilai ketawa yang memanjang bagaikan mengikut kami, cerita Marzuki, tapi suara hilai itu kian menghilang sebaik sahaja kami hampir ke jalan raya.

Misteri hantu yang menyerupai ayah dan mengajak saya berenang dan bagaikan hendak mencekek saya apabila enggan, tetap segar di ingatan. Mujur bacaan ayat Qursi ayah menyelamatkan saya daripada lemas dalam lombong dan malapetaka lain.

Kini Malim Nawar sudah berubah wajah, daripada wajah seram menakutkan serta hilai ketawa yang menyeramkan sudah bertukar dengan riuh rendah bunyi kenderaan dan projek bangunan perumahan di sana sini.

Saya banyak menimba ilmu dari arwah ayah hingga sekarang. Amalan paling sebati dengan saya ialah bacaan ayat al-Qursi apabila sampai sahaja di setiap lokasi.

Ayat ini mencegah daripada gangguan syaitan dan kita harus meninggalkan tempat itu secepat mungkin jika merasakan sesuatu yang luar biasa.

Marzuki mendakwa cerita begitu sudah tidak banyak diperbualkan terutama di kalangan remaja kaki pancing hari ini yang lebih selesa memilih kolam berbayar yang penuh dengan hiburan, tapi bagi saya yang kini sudah berusia 30 tahun, misteri bersama arwah ayah di lombong tinggal Malim Nawar tetap tersorok di lubuk hati hingga sekarang ini.

Sumber : Koleksi Kisah Seram

1 comment:

  1. http://taipannnewsss.blogspot.com/2018/03/taruh-sabun-mandi-batangan-di-bawah.html
    http://taipannnewsss.blogspot.com/2018/03/penjaga-toilet-umum-di-kota-ini-wajib.html
    http://taipannnewsss.blogspot.com/2018/03/tak-perlu-panik-rock-melon-australia.html

    QQTAIPAN .ORG | QQTAIPAN .NET | TAIPANQQ .VEGAS
    -KARTU BOLEH BANDING, SERVICE JANGAN TANDING !-
    Jangan Menunda Kemenangan Bermain Anda ! Segera Daftarkan User ID nya & Mainkan Kartu Bagusnya.
    Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
    1 user ID sudah bisa bermain 8 Permainan.
    • BandarQ
    • AduQ
    • Capsa
    • Domino99
    • Poker
    • Bandarpoker.
    • Sakong
    • Bandar66
    Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
    Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
    customer service kami yang profesional dan ramah.
    NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
    Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
    Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
    • WA: +62 813 8217 0873
    • BB : D60E4A61
    • BB : 2B3D83BE
    Come & Join Us!

    ReplyDelete