Gambar Hiasan |
Percaya atau tidak, hampir semua penghuni FLAT, APARTMENT dan PANGSAPURI mengalami pengalaman mendengar bunyi lantunan guli dan tumbukan lesung dari tingkat atas perumahan mereka.
Dari kajian yang ditemui ia dikaitkan dengan kejadian supernatural. Sejauh manakah misteri ini berkait rapat dengan supernatural? Pernahkah anda mengalami kejadian seumpama ini? Bunyi lantunan guli dan tumbukan lesung juga dikatakan tidak mengikut masa. Pagi, petang, siang, malam dan akan lebih menakutkan andai ia berlaku tengah malam. Hantu guli dan hantu lesung ini juga dikenali sebagai HANTU RUMAH FLAT!
Mengikut pengalaman penulis sendiri.
Saya sebenarnya agak kurang mengalami kejadian misteri seumpamanya. Sampai la di suatu ketika. Malam itu malam jumaat dan jam menunjukkan pukul 11.30 malam. Sudah menjadi rutin seorang blogger seperti saya tidur lambat dan mencari cerita-cerita sensasi untuk tatapan umum.
Tanpa saya sedari, kerana asyik mencari jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Patut la mata rasa pedih-pedih dan berair. Saya mengambil keputusan untuk membuat secawan nescafe. Tiba-tiba, terdenganr bunyi lantunan guli dari tingkat atas. Masa tu saya takde la nak takut sangat. Guli je pun. Takut apa?
Saya berjalan perlahan ke dapur untuk memanaskan air. Namun, yang menakutkan saya, bunyi lantunan guli itu seperti mengikut pergerakan saya dari tingkat atas. Hati saya tiba-tiba berdegup kencang. Kebetulan masa tu member-member DOTA semua dah tidur. Tinggal saya seorang. Kenapa ‘benda’ tu harus menggangu di kala saya keseorangan?
Saya kemudian duduk di hadapan laptop dan menganggap ‘benda’ itu tiada apa. Namun, ia seperti ingin berkomunikasi dan sepertinya mengajak bermain guli. Bunyi lantunan guli semakin kuat kedengaran. Tiba-tiba, saya tergamam apabila disergah seorang member yang baru balik. Member rapat saya itu ketawa terbahak-bahak melihat saya terkejut sedemikian rupa.
Gambar Hiasan |
Saya bertanya andai dia juga mendengar lantunan guli. Namun, dia berkata langsung tak mendengar apa benda pun dari tingkat atas.
Mungkin juga itu semua adalah halusinasi dan mainan perasaan saya. Selang beberapa hari, malam tu kitorang lepak ramai-ramai dan bermain Counter Strike. Sampai la hanya saya dan seorang member yang bernama Saipul yang bertahan.
Dengan tidak semena-menanya, bunyi lesung yang ditumbuk betul-betul ada di atas kepala kami. Yang peliknya, siapa yang nak beriya-iya masak pukul 3 pagi ni?
Saya pun dengan selambanya jerit, “Agak-agak la nak masak pukul 3 beb!”. Bunyi itu diam seketika. Dan kemudian bunyi semula dan lebih kuat berbanding sebelumnya.
“Apa tu Epul?” Kata saya.
“Entah, masak kot!” Balas Saipul.
“Hotak dia masak sekarang ni. Pastu, macam saja je nak tumbuk atas kepala kita.” Balas saya lagi.
“Entah, setahu aku, mane ade orang kat atas tu!” Kata Saipul dengan nada perlahan.
“Ko biar betul. Bulu aku dah meremang ni.” Kata aku dengan nada sedikit terketar.
“Betul! Ko tak percaya, jom kita check!” Balas Saipul pantas.
Bunyi tumbukan lesung itu seperti memanggil kami untuk memeriksanya. Kitorang pun mengambil keputusan nekad untuk pergi memeriksa rumah tingkat atas itu kerana bunyinya sangat mengganggu kami di bawah.
Kami pun naik ke tingkat atas. Namun, alangkah terkejutnya bila melihat tiada penghuni kat rumah itu. Lampu semua tutup dan kami mengintai dari tingkap dan kelihatan seperti rumah tidak berpenghuni.Siapa nak masak special tanpa api?
Kejadian yang sama seumpamanya sering menggganggu kitorang dan ia datang tak kira masa dan waktu. Siang-siang pun dia nak bunyi. Misteri itu mula mengganggu sekiranya salah seorang dari kitorang duduk bersendirian.
Sampai la beberapa bulan selepas itu, kedengaran ada penyewa di tingkat atas. Penyewa adalah kumpulan pelajar perempuan. Kitorang pun apa lagi, main gitar dan nyanyi-nyanyi bagi dengar diorang la. Teknik mengurat la katakan.
Sampai la seminggu selepas tu seorang dari penyewa perempuan itu diserang histeria yang seolah-olah tidak berkesudahan. Bayangkan, siang hari pun diserang histeria! Siang hari pun dia berlari naik turun tangga satu blok dan menjerit macam pontianak. Kena pulak suatu malam tu saya pegi lepak ngan member sampai pukul 3 pagi. Time tu jugak dia kena serang histeria. Siapa tak kecut beb?
Masih segar lagi di ingatan saya dek kerana terpengaruh dengan drama “SUPERNATURAL” saya dan seorang member saya menjadi Dean dan Sam Wenchenster konon-konon nak menyelesaikan masalah itu.
Namun, apa yang kami lihat adalah sangat mengerikan. Perempuan itu rupa-rupanya setiap hari diserang histeria dan meracau. Ustaz yang dipanggil tak dapat menyelesaikan masalah itu. Mereka menjadi hairan dan tertanya-tanya apa benda yang mengganggu perempuan itu. Tapi, kita semua tahu kan?
HANTU GULI
Cara terbaik untuk mengelakkan anda dikacau adalah dengan membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Lagi baik kalau anda pasang surah YASSIN di handphone atau laptop korang.
Tapi, hati-hati ada suatu ketika tu handphone atau laptop pandai padam dengan sendiri.
HANTU BATU LESUNG
Lagi baik kalau anda tidak menegur “penghuni” di atas tu. Sebab, rumah kita, dunia kita ni bukan kita manusia je duduk. Kita kongsi dengan makhluk lain. Cara terbaik untuk elak benda ni ambil wuduk sebelum tido dan baca ayat suci Al-Quran.
Kalau takut sangat, letak YASSIN bawah bantal.
Sumber :
Cerita ini adalah pengalaman sebenar penulis sendiri.
Ditulis oleh : Mazeer Mohamad
No comments:
Post a Comment