Abang Jangan Tinggalkan Saya, Saya Takut!!


Gambar Hiasan

Jam menunjukkan hampir jam 10 malam dan suasana Kuala Lumpur masih lagi terang benderang.Azri masih lagi di meja pejabatnya di tingkat 10 menara Aqabah menyiapkan sisa-sia kerjanya yang terakhir.

Kerjaya sebagai seorang akauntan memang memerlukan kesabaran yang tinggi untuk menyiapkan segala rekod kewangan syarikatnya.Lebih-lebih lagi, syarikatnya akan diaudit tidak lama lagi. Mahu tidak mahu, Azri terpaksa tinggal di pejabat keseorangan sedangkan ramai rakan sekerjanya telah lama berehat di rumah bersama keluarganya masing-masing.

Mujurlah dia masih lagi bujang.Tidak perlu berfikir sangat tentang keluarga jika terpaksa overtime di pejabat Tepat jam 10 malam. Azri bersiap sedia untuk pulang. Suis lift ditekan dan tidak lama kemudian pintu lift terbuka. Kelihatan seorang perempuan bertudung berada di dalam lift tersebut.

Azri cuma tersenyum sambil berjalan masuk dan berdiri di hadapan perempuan tersebut.Suasana di dalam lift tersebut sunyi cuma sesekali kedengaran bunyi kabel lift yang turun setingkat demi setingkat. Tiba-tiba dia teringat kisah lift berhantu di fakultinya di UiTM Shah Alam 5 tahun dulu.

Kisah tersebut begitu popular sehingga kebanyakan mahasiswa dan mahasiswi tidak sanggup untuk stay up begitu lama di kawasan fakulti. Mereka lebih rela belajar di rumah atau kolej daripada menggunakan lift berhantu tersebut. Ada pelbagai versi cerita yang biasa didengar antaranya kisah perempuan yang mencari anaknya di bangunan menara, kisah seorang lelaki yang masuk ke lif dan jasadnya terus menembusi dinding dan kisah lif terbuka di tingkat-tingkat tertentu walaupun tiada sesiapa yang berada di situ. 

Lamunan Azri tersentak apabila lampu lift tiba-tiba terpadam dan lift terhenti di tingkat 5. Dengan tidak semena-mena bulu romanya berdiri.Azri cuba membaca ayat-ayat suci Al-Quran yang terlintas di kepalanya sambil berdoa supaya lift segera berfungsi. Tiba-tiba dia terdengar seperti suara seperti orang menangis teresak-resak di belakangnya. 

Perempuan iu bersuara 'Abang jangan tinggalkan saya, saya takut'. Azri mula cemas. Peluh mula keluar dari dahinya.Tidak lama kemudian lampu lift kembali terbuka dan lift mula bergerak. Tiba sahaja di tingkat 1, pintu lift terbuka dan Azri bergegas keluar dari lift. 

Kedengaran perempuan itu memanggilnya lagi.'Abang jangan tinggalkan saya, abang jangan tinggalkan saya'.Azri terus sahaja berlalu tanpa menghiraukan suara perempuan itu. Setibanya di pintu utama, Azri terus berlari ke keretanya.

Pengawal keselamatan di situ, Ali turut berasa hairan kerana kebiasaannya Azri akan menegurnya dahulu sebelum pulang ke rumah. Keesokan harinya, Azri kembali ke pejabat. Ali yang baru sahaja habis shift bekerja terus menegur Azri. 

'Kenapa kau semalam Azri.Laju semacam balik macam kena kejar hantu saja. Rugi kau turun awal sangat. Ada awek cun mintak aku tolong teman dia naik atas sebab kunci kereta dia tertinggal dekat office tingkat 11. Dia takut nak naik dorang-sorang. Hah, itu pun awek tu! Dia siap bagi aku no telefon lagi', katanya sambil menunjuk ke arah seorang gadis manis berbaju kurung hijau daun pisang. 

Azri terus memalingkan mukanya sambil menyumpah dalam hati 'Damn, melepas aku!' 

Sumber : Koleksi Kisah Seram

No comments:

Post a Comment