Wheelie Makan Diri



Melaka: Gelagat lelaki yang melakukan aksi mengangkat tayar depan motosikal berkuasa tinggi Yamaha R1 ditunggangnya bagi mempersendakan anggota polis memakan diri apabila dia ditahan di Jalan Persisir Pantai Dataran 1Malaysia, Klebang di sini, jam 2 pagi semalam.

Terdahulu, lelaki berusia 21 tahun bersama lima rakannya didapati melakukan pelbagai aksi berbahaya ketika menunggang motosikal malah enggan memberi kerjasama selepas diarahkan supaya berhenti oleh anggota polis.

Sebaliknya, lelaki terbabit terus melakukan aksi mengangkat tayar depan di depan anggota polis dan dua kali mengulangi perbuatan sama.

Bagaimanapun, dia dapat dipintas sebelum ditahan lima kilometer dari situ ketika cuba melarikan diri.

Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Mohd Kamal Zainal berkata, operasi lalu lintas itu membabitkan empat lokasi berasingan iaitu di Jalan Tun Ali, Jalan Tun Perak, Jalan Persisir Pantai Dataran 1Malaysia, Klebang dan Lebuh Ayer Keroh berdepan Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Beliau berkata, sekatan jalan raya dibuat di Jalan Tun Ali manakala di tiga lagi lokasi, pihaknya melakukan rondaan bagi mengesan mat rempit yang terbabit dalam lumba haram dan melakukan aksi berbahaya.

“Seratus kenderaan diperiksa dan 27 saman dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan lalu lintas.

“Dua lelaki berumur 18 tahun dan 21 tahun ditahan selain motosikal mereka disita kerana menunggang motosikal secara berbahaya selain terbabit dalam lumba haram,” katanya.

Sumber: Metro

1 comment:

  1. Betul ke Yamaha R1?, kalau betul takkan tak boleh lari, superbike ni boleh cecah 300km, ataupun R1fake, yang sebenarnya yamaha Fz150

    ReplyDelete