Tragedi Double Six


Keratan Akhbar

Mungkin ramai di antara kita yang tidak mengetahui tentang tragedi Double Six. Tragedi ini menggemparkan kerana ia melibatkan ramai Menteri-menteri Sabah pada ketika kejadian itu berlaku.

Kemalangan Double Six, juga dikenali sebagai Tragedi Double Six merupakan nahas kapal terbang yang berlaku pada 6 Jun 1976 di Kota Kinabalu, Malaysia. Kapal terbang, yang dikendalikan oleh Sabah Air, yang datang dari Labuan telah terhempas di daerah Sembulan ketika hendak menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu hanya kira-kira 2 kilometer sahaja dari lokasi ianya terhempas.

Nahas itu membunuh semua orang di atas kapal penerbangan, termasuk Tun Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah pada masa itu. Penumpang lain pada penerbangan tersebut ialah Menteri Datuk Salleh Sulong, Datuk Peter Mojuntin, Chong Thien Vun, dan penolong menteri Darius Binion. Turut terkorban adalah Setiausaha Kementerian Kewangan Sabah Datuk Wahid Peter Andau, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Sabah Dr Syed Hussein Wafa, Isak Atan (Setiausaha Sulit kepada Tengku Razaleigh Hamzah), Koperal Said Mohammad (pengawal peribadi kepada Tun Fuad Stephens), Captain Gandhi Nathan (juruterbang pesawat) dan anak sulung Tun Fuad Johari Stephens.

Senarai mereka yang terkorban dalam Peristiwa Double Six:

1.Ketua Menteri Sabah
   Tun Mohd Fuad Stephens
2.Menteri Kerajaan Tempatan Negeri
   Datuk Peter Mojuntin
3.Menteri Perhubungan dan Kerja Raya
   Datuk Chong Tahin Vun
4.Menteri Kewangan Negeri
   Datuk Salleh Sulong
5.Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri
    Darius Binion
6.Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan
   Wahid Peter Andau
7.Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah 
   Dr Syed Hussein Wafa
8.Setiausaha Sulit kepada Menteri Kewangan Malaysia Tengku Razaleigh Hamzah
   Ishak Atan
9.Pengawal peribadi kepada Tun Fuad
   Koperal Said Mohammad
10.Juruterbang
   Gandhi J Nathan
11.Johari Tun Fuad Stephens

Tun Fuad Stephens atau nama asalnya Donald Aloysius Marmaduke Stephens kemudian menukar namanya selepas memeluk agama Islam.

Tuan Fuad adalah tulang belakang dan penggerak kepada penyatuan Sabah didalam Malaysia. Pada tahun 1963, beliau terpilih sebagai Ketua Menteri sehingga tahun 1964 kemudian terpilih sekali lagi pada tahun 1976 sebagai Ketua Menteri sehingga berlakunya tragedi Double Six.

Punca di sebalik kemalangan itu masih tidak diketahui. Sejurus selepas kemalangan, terdapat dakwaan perbuatan khianat kerana keadaan politik yang tidak menentu pada masa itu. 

Kerajaan Australia menghantar empat pasukan penyiasat bagi membantu mencari punca kemalangan. Terdapat juga spekulasi yang menganggap kegagalan teknikal dan lebihan muatan merupakan faktor utama yang menyebabkan kemalangan. Namun, punca sebenar bagi kemalangan itu masih belum diketahui sehingga sekarang dan laporan asal mengenai kejadian itu masih diklasifikasikan.

Pada sebelah petang berikutan kemalangan itu, Timbalan Ketua Menteri Harris Salleh telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah yang baru.

Pesawat model Nomad tersebut merupakan pesawat keluaran Australia.


No comments:

Post a Comment