Di Sapa Jelmaan Pak Guard


Gambar Hiasan

Seorang gadis yang duduk dibelakang kelas sudah pun mula berkemas kemas sambil menguap beberapa kali kerana mengantuk. "Sudahlah Milah, aku pun sudah penat. Tinggal kita berdua sahaja. Aku rasa aku nak balik ke asrama, nak baring baring diatas katil. Marilah temankan aku balik kerana aku takut hendak balik seorang diri."

Milah tertawa kecil,"Engkau ni Nona, anak dara dah besar panjang pun masih takutkan gelap.  Apa yang nak ditakutkan. Kalau engkau takut, engkau serukan sahaja nama abang Guard. Tentu dia datang berlari,"Abang datang!!! abang datang!!!" Ahhh.....Tunggulah aku sekejap lagi.  Aku nak habiskan bab tiga ini sedikit lagi."

"Hai! Jaga sikit mulut kau itu. Jangan cabul sangat. Engkau jangan tak tahu yang bangunan ni keras sedikit. Nanti jangan kerana pulut santan binasa," ujar Nona. "Lagipun kalau hujan nanti habis basah, susahlah kita nanti,"sambungnya sambil memuncungkan bibirnya.

Nona melambaikan tangannya sambil memasukkan buku ceritanya ke dalam beg galasnya. Tiba tiba kedengaran bunyi tapak kaki bergema dilaluan pejalan kaki, memecah kesunyian malam. Nona menutup mulutnya terperanjat hampir menjerit, perasan takut jelas terbayang dimatanya. Milah dan Nona berbalas pandangan, masing masing tertanya tanya siapakah yang datang kekelas di tengah tengah malam sebegini.

Masing masing merenung kearah pintu masuk, debaran jantung berdegup kencang seolah olah baru sahaja tamat berlari 100 meter. Bunyi tapak kaki itu semakin kuat, menghampiri kelas mereka berdua. Sebentar kemudian, bunyi keriukan pintu kelas sebelah dibuka orang kedengaran. Nona sudah pucat ketakutan, segera dia menerpa ke arah Milah dan memegang tangan Milah dengan erat.

"Dam!" Bunyi dentuman pintu ditutup pula kedengaran. Milah dapat merasakan darah nya berderau, dia menyesal kerana terlalu celupar sebentar tadi, sementara Nona pulak jika ditoreh mukanya pun tidak keluar darah.

Perasan seram menyelubungi mereka berdua apabila bunyi tapak kaki itu kembali kedengaran semakin kuat dan semakin kuat.  Tiba tiba...

"Wah! Kuat belajar nampaknya Milah, Nona."

Mereka berdua tersentak apabila disapa dari arah belakang. Milah dan Nona berpaling kearah belakang mereka. Abang guard yang mereka kenali hanya sebagai Abang Hassan kelihatan sedang tersenyum sambil melambai kearah mereka berdua daripada arah luar tingkap. Dia berjalan lurus ke hadapan.

Milah menarik nafas lega,"Abang Hassan ini takut takutkan kami sahaja.  Nyaris kami tidak mati ketakutan. Nona ni sudah nak pengsan sakit jantung, abang hassan tahu tak..."kata Milah sambil berpaling kearah Nona.

"Kalau Nona hendak boleh abang Hassan temankan,"ujar abang guard itu sambil ketawa kecil. Muka Nona semakin pucat ketakutan. Suaranya terkunci, bisu, kelu, hanya gelengan kepalanya yang pantas sahaja menjawab pelawaan itu.

Abang guard itu terus berlalu dari situ, hanya bunyi ketawa kecilnya yang kedengaran. Sekali sekala bunyi lolongan anjing memecah kedegaran. Nona masih terpaku membisu disitu ketika Milah berkemas kemas barangnya.

"Engkau ni kenapa takut sangat. Itukan abang Hassan, jangan lah sampai tak boleh berenggang dengan aku," kata Milah, terganggu dengan perangai kawannya yang nampaknya masih tidak dapat mengawal perasaan takutnya dan terus sahaja menggenggam kemas lengannya sehinggakan dia berasa sukar hendak berkemas.

Nona hanya diam membisu dan menggeleng geleng kan kepalanya apabila ditegur sebegitu tanpa melepaskan genggaman tangannya dari lengan Milah.

Sepanjang perjalanan mereka ke asrama, Nona masih terus menggengam erat tangan Milah menyebabkan Milah tertanya tanya kenapakah Nona begitu takut, tetapi Nona hanya mendiamkan dirinya walaupun ditanya beberapa kali oleh Milah.  Bosan dengan perangai Nona dan dia pun masih merasa agak cemas, dengan kajadian yang baru berlaku tadi, Milah berhenti bertanya dan mereka berdua terus kembali ke asrama untuk tidur.

Keesokan harinya Milah tak sabar sabar lagi untuk menceritakan kejadian semalam kepada kawan kawannya yang lain.  "Engkau tahu, Nona ni pucat lesi mukanya, kalau diguris dengan pisau pun tidak berdarah bila abang hassan tawarkan hendak temankan dia," cerita Milah sambil disambut dengan deraian tertawa oleh rakannya yang lain.  Nona hanya mendiamkan dirinya, ternyata masih belum pulih dari perasan terkejutnya itu.

"Kalau aku tentu aku sahut tawaran abang Hassan itu," sambut Elita sambil teryawa kuat.

"Tak sangka Nona ni penakut orangnya," celah Roasmah pulak.

Muka Nona berubah menjadi merah menyala dengan perasaan marah.  "Engkau orang jangan celupar sangat. Bukannya nama kau yang dia panggil.  Cuba engkau tengok sebelah kanan kelas kita ini.  Bukan ke tidak ada tempat berjalan kaki. Kalau betul abang Hassan yang tegur aku dan Milah, Macam mana dia berjalan disebelah situ kalau dia tidak boleh terbang.  Bukankah kelas kita ini ditingkat tiga.  Yang si Milah nie pun bingung sedikit, perkara seperti itu pun tidak perasan.  Aku yang sudah hendak terkencing pun dia mana tahu, bukannya nama dia yang diseru seru.  Ha! Kalau betul engkau hendak dia temankan kau orang, datanglah kekelas malam ini.

Seluruh kelas terdiam mendengar kata Nona, wajah Milah bertukar menjadi pucat sepucatnya.  Masing masing berebut rebut meluru ke arah tingkap sebelah kanan untuk memastikan kebenaran kata kata Nona itu.

Sumber : Koleksi Kisah Seram


No comments:

Post a Comment