Proton Iriz Active |
SHAH ALAM: Proton Holdings memperkenalkan prototaip model kereta kompak “crossover” Proton Iriz Active, empat hari selepas pelancaran model Proton Iriz. Ia adalah model “compact crossover” yang dilengkapi teknologi canggih dimana rekabentuk luaran dan dalaman dikemaskini daripada model Proton Iriz sedia ada.
Reka bentuk luarannya menampilkan beberapa kelainan sepertiroof rail, selain kemasan lampu siang dan indikasi isyarat mengunakan teknologinexlide.
Sementara reka bentuk dalamannya pula dilengkapi skrin sesentuh luas untuk mengawal semua fungsi dalaman kenderaan, seperti pendingin hawa dan sistem infotainment.
Ia juga datang bersama dengan skrin digital yang memaparkan meter digital dimana pemandu boleh mengubahsuai kedudukan penunjuk di kokpit kaca mengikut citarasa.
Pengenalan model prototaip ini disaksikan Pengerusi Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad di Pusat Kecemerlangan Proton di Shah Alam pada Ahad.
Dr Mahathir jelas berpuas hati dengan prototaip terbaru ini yang membuktikan kemampuan Proton untuk menyaingi teknologi pembuat automotif antarabangsa.
“Saya amat gembira kerana ini adalah zaman elektronik,” ujar mantan perdana menteri itu yang menyifatkan teknologi ini seperti di dalam kokpit pesawat. “Kokpit kaca adalah lebih canggih kerana kita boleh mengubah, apa sahaja yang anda mahu lihat berdasarkan kemahuan kita,” jelas Dr. Mahathir.
Bagaimanapun tarikh pelancaran dan harga jualan model ini belum dimaklumkan. Proton Iriz dijangka sedia untuk dieksport dalam tempoh enam bulan lagi.
Begitupun, Dr Mahathir menjelaskan, model kompak itu hanya akan dieskport setelah ia memenuhi spesifikasi di pasaran eskportnya. Pada sama sama, Proton bercadang mengeluarkan model pengganti untuk beberapa model terdahulu seperti model Proton Saga.
Begitupun, Dr Mahathir mendedahkan perkara itu hanya akan diputuskan berdasarkan sambutan pasaran terhadap model Proton Iriz.
No comments:
Post a Comment