Padah Tidak Mencuci Darah Haid Sebelum Buang Pad

Darah haid merupakan darah yang keluar dari rahim wanita kemudian keluar melalui faraj. Berikut adalah sebuah kisah benar dari pengakuan seorang wanita bernama Hanim (bukan nama sebenar) yang bekerja sebagai seorang tukang cuci tandas di Langkawi berkenaan tuala wanita yang tidak dicuci setelah digunakan. Dengan penuh darah, tuala wanita itu terus dibuang ke dalam tong! 

Setiap hari semasa bungkus plastik yang penuh pad (tuala wanita) dalam tong sanitari itu, bau dia tersangatlah busuk dan menyesakkan hidung. Ada pad yang dipenuhi dengan darah dan ada juga darah yang berketul-ketul melekat pada pad tersebut. Ada sekali itu lebih kurang dalam pukul 10.10 malam saya terdengar bunyi bising dari dalam bilik air. Apabila saya pergi periksa dan buka pintu bilik air, saya tengok ada 2 pad yang penuh darah berada di atas lantai seperti ada orang yang keluarkan pad-pad tersebut.

Memang meremang habis bulu roma saya pada masa itu. Selepas balik ke rumah pun saya tidak boleh nak melelapkan mata kerana asyik terfikir macam-mana pad-pad itu boleh ada di atas lantai sedangkan sebelum itu saya dah bersihkan bilik air tersebut. Macam-macam perkara yang terlintas di fikiran saya.

Kata Hanim, dia dan rakan-rakannya yang bekerja sebagai tukang cuci tandas kadang-kadang tidak menyangka yang orang Islam sendiri membuang pad yang telah dipakai macam itu sahaja tanpa dibasuh darah yang melekat-lekat pada pad tersebut terlebih dahulu. Takkan mereka tidak tahu ‘benda itu’ suka darah?

Dulu atuk kepada Hanim pernah bercerita, ada seorang perempuan ini dia buang pad dia dalam tong sampah dalam bilik air. Pastu dia keluar sekejap untuk ambil pad baru, kemudian dia masuk semula ke dalam bilik air itu. Pada ketika itulah dia nampak ada seorang perempuan tua sedang menjilat-jilat pad dia yang penuh darah itu dengan rakusnya. Selepas itu dia menceritakan kejadian itu pada ibunya. Dek kerana terlampau terkejut, 3 hari dia demam panas dan seterusnya meninggal dunia. Jadi tolonglah basuh pad yang sudah dipakai itu untuk mengelak kejadian seperti ini dari berlaku.

Menurut Hanim lagi, sepanjang dia buat kerja mencuci tandas, bahagian yang dia paling seram nak buat adalah membungkus tong sanitari kerana dia sangat percaya banyak yang berkumpul di situ. Terasa seram bila bercakap tentang pengalaman Hanim, tetapi kebenarannya tidak dapat dinafikan kerana dalam al-Quran juga turut diterangkan dalam surah Az-Zukhruf ayat 62 yang membawa maksud, “Dan janganlah kamu sekali-kali dipalingkan oleh syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu”.

“Saya pernah menegur seorang adik yang membuang pad penuh darah ini supaya basuh elok-elok pad itu baru buang. Namun dia marah saya balik dan mengatakan bahawa saya kolot”, cerita Hanim lagi. Dalam Quran sudah diterangkan yang syaitan dan iblis ini sentiasa mengintai peluang untuk menyesatkan anak cucu Adam. Walaupun kita tidak nampak syaitan dan iblis dengan mata kasar tetapi ia memang ada, ia wujud.


Disebabkan ramai yang tidak tahu pantang larang ini yakni kena cuci bersih dahulu darah sebelum membuang pad, akhirnya macam-macam benda pelik yang berlaku. Cuba kita fikir, kenapa ibu yang berpantang tidak boleh keluar rumah? Sebab darah nifasnya sangat disukai oleh makhluk halus.


Cuba fikir, kenapa kita tidak boleh mandi tanpa seurat benang? Sebab ‘dia dan sekutunya’ mengintai kita dan kalau dia dah jatuh hati itu adalah sangat merbahaya kerana boleh bawa sampai ke bilik. Cuba fikir, kenapa bayi yang baru dilahirkan kena azan dan iqamat di telinganya? Sebab ada syaitan, yang bernama Ummu Sibyan yang tunggu untuk menyesatkan bayi tersebut.

No comments:

Post a Comment