Misteri Teksi Tanpa Pemandu


Gambar Hiasan

Berlaku pada tahun 1987 ketika aku balik kampung cuti semester. Setiap cuti semester bas-bas ekspress penuh belaka, jadi nak balik kampung di Muar aku dan adik aku (satu kolej) terpaksa naik bas 'sambung-sambung', iaitu dari Pudu Raya KL-Seremban dengan bas SKS, dan dari Seremban-Melaka dengan bas 'berehenti-berenti' pulak (Bas sambung2/berhenti2 adalah istilah kami pakai utk selain bas ekpress dulu hehe).


Di pendekan cerita, sampai di Bandar Melaka jam 8.00 malam perhentian bas dah kosong, yang ada hanya khidmat teksi di situ, oleh kerana tiada pilihanraya lain maka terpaksa lah kami menaiki teksi untuk ke Muar (sebenarnya aku tak suka naik teksi sebab takut muntah).

Ada sebuah teksi Muar menunggu pelanggan disitu, tanpa berlengah seorang lelaki berkupiah ,berusia dan berbadan 'bulat' segera mengajak kami masuk ke dalam teksinya. Jam 8.30 malam kami memulakan perjalanan ke Muar. Melalui jalan lama yang berliku diselangi kampung- kampung. Dalam teksi senyap sepi, mungkin kerana melayan letih agaknya,. Teksi bergerak laju memotong beberapa keretaya, mungkin pakcik drebar pun sama nak cepat pulang ke rumah.

Aku  terlelap sebentar, tiba-tiba adik aku dibelakang mencuit bahu aku sambil jari menunjuk sebelah aku ... Sebaik aku menoleh kanan ..."Alamak! pemandu TIDUR!" Kepala terlentuk dengan mata terpejam! Aku intai betul-betul, memang mata dia rapat dan mulut sikit terbuka! Di depan beberapa cahaya lampu kenderaan bertentangan semakin dekat, tapi aku tengok selamba tangannya memutar setereng mengelak dan mengawal di selekoh seolah-olah tangannya saja berjaga dan memandu!

Mulanya aku sangka dia sengaja nak mengusik buat kami gabra, tapi tak jugak, kerana ketika aku duduk sebelahnya aku cuba 'lakon'kan gaya matanya yang pejam dan kepala menunduk sambil memandu... memang haram tak nampak jalan, apatah lagi dalam keadaan gelap malam.

Sepanjang jalan tak lena aku dibuatnya, namun alhamdulillah, sebaik sampai di jambatan Muar pemandu teksi itu 'sedar' semula dan  menanyakan jalan ke rumah aku. Aksi ngeri pemandu teksi itu tak aku lupa sampai sekarang. 

Memandu sambil tidur serupa halnya dengan kenderaan tanpa pemandu. Kisah kenderaan bergerak tanpa pemandu ni kerap ayah aku ceritakan dulu, iaitu ketika berlakunya peristiwa berdarah 1969 katanya, dimana ketika merebaknya peristiwa itu beberapa motosikal dari selatan tanpa pemandu menuju Kuala Lumpur melolosi sekatan polis...  Semoga negara kita dijauhi dari petaka itu, doa aku agar semua rakyat Malaysia berbilang kaum aman damai dan cukup makan-pakai...aminnn yaAllah.

Sumber : Koleksi Kisah Seram

No comments:

Post a Comment